Pages

Sunday 11 March 2012

Bosch

Galeria BOSCH

Logo & Motto

Buildings




Products




Produk & Perkhidmatan BOSCH

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BOSCH boleh dikategorikan kepada empat kategori utama iaitu:

1) Industri  & Teknologi Automotif



Bermula dengan penciptaan dan pemasaran barang alat ganti dan aksesori kereta, BOSCH kini turut mempunyai pusat servis kenderaannya sendiri di seluruh dunia. BOSCH bukan sahaja menajadi pakar di dalam teknologi kereta malah juga turut menjadi antara pengeluarr dan pelopor utama teknologi kenderaan berat yang menggunakan diesel. Antara produk yang sangat dikenali di dunia adalah spark plugs, Anti-Lock Breaking System dan fuel pumps. Tidak terhenti di situ, melalui bidang penyelidikan yang diceburinya, BOSCH juga dikenali dengan penyelesaian eMobility iaitu jaringan infrastruktur untuk kenderaan yang menggunakan sistem elektonik. BOSCH juga berjaya mengeluarkan peralatan pengujian kenderaan yang berteknologi tinggi bagi mengenalpasti masalah sesuatu kenderaan.


2) Kelengkapan & Keperluan Rumah




BOSCH juga terkenal dengan peralatan DIY (Do It Yourself) di mana, ia menggalakkan isi rumah untuk berjimat dengan melakukan kelengkapan rumah sendiri dengan cara yang mudah. Barang terkenal keluaran BOSCH bagi produk DIY ialah seperti drill, pemotong kayu dan Staples Dinding. Selain itu, BOSCH juga menyediakan kelengkapan bagi kebun dan taman seperti mesin rumput, gunting elektronik dan trimmer. Isi rumah juga boleh menikmati kelengkapan seperti mesin basuh, peti sejuk dan pemanas air dari BOSCH. Kesemua peralatan elektrik dari BOSCH adalah berkonsepkan penjimatan elektrik dan penjagaan alam.


3) Teknologi bagi Perindustrian dan Perdagangan





Bagi teknologi perindustrian dan perdagangan, BOSCH menyediakan pelbagai 'power tools' kepada golongan profesional dalam menghasilkan produk terbaik bagi bidang masing-masing. BOSCH juga telah berjaya mencipta Sensor yang dikenali sebagai MEMS untuk kesemua barangan konsumernya. Ini menjadikan kesemua barangan konsumernya itu bijak dari segi sains dan keselamatan. BOSCH juga terkenal dengan alatan keselamatannya yang terbukti berkesan di seluruh dunia. Dengan terhasilnya kesemua produk ini, BOSCH kini juga turut mempunyai 'call centre' nya sendiri bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penggunanya.


4) Aplikasi dan Perisian





BOSCH juga terlibat dalam menghasilkan penyelesaian aplikasi dan perisian dalam bidang perniagaan, sains dan kewangan. Perisian yang dihasilkan membantu para profesional dalam menguruskan penyimpanan data, penyebaran teknologi maklumat dan panduan perniagaan berkesan. BOSCH sentiasa memastikan syarikatnya   maju ke depan seiring dengan teknologi perisian terkini.
 
 
 

Peneraju BOSCH


   Franz Fehrenbach   
   Chairman
 



























0 comments:

Post a Comment