Pages

Friday 9 March 2012

ebay

Dalam blog ini, anda akan dapat maklumat tentang pelbagai perkara berkaitan e-bay. Blog ini merupakan salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan keusahawanan internet yang telah dipelopori oleh tokoh keusahwanan terkenal Amerika iaitu Pierre Omidyar, pengasas laman eBay.com

eBay - laman bidaan secara atas talian


Selepas ini, anda akan dapat melihat artikel blog tentang sejarah awal eBay, profil pengasas dan analogi perkembangan bisnes bidaan secara atas talian ini.


Pengasas eBay.com

Empayar eBay telah dimulakan oleh usahawan internet, Pierre Omidyar. Beliau dilahirkan di Paris, Perancis pada 21 jun 1967 dan merupakan anak kepada pasangan warganegara Iran.  Pada umur 6 tahun, beliau bersama keluarga mengikut bapa yang ketika itu merupakan ahli fizik berpindah ke Johns Hopkins University Medical Center di Maryland, Amerika Syarikat. Di sana, bapa beliau bekerja sebagai doktor pakar bedah. Ibu beliau, Elahe Mir-Djalali,  juga merupakan seorang ahli akademik dan memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistik daripada Universiti Sorbonne.

Pierre Omidyar membesar di Washington DC, dan bersekolah di Potomac School.


Terbukti, Pierre mempunyai minat mendalam dalam bidang komputer sejak di bangku sekolah lagi. Minat mendalam pada komputer dicambah di makmal komputer di sekolah beliau, Punahou School, Honolulu di Hawaii. Pada ketika itu, Omidyar masih di Gred 9, dan menghabiskan berjam-jam lamanya di makmal komputer untuk belajar dari pelajar lebih dewasa dan bereksperimentasi dengan perkara baru.

Logo Punahou School


Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di sekolah St. Andrew dan tamat pada tahun 1984.

Pada tahun 1988, beliau dianugerahkan ijazah dalam bidang sains komputer oleh Universiti Tufts. Di awal pengajian di Universiti Tufts, Omidyar menjalani latihan praktikal bersama Innovative Data Design pada cuti musim panas yang kemudiannya menjadi kerjaya tetap beliau. Selepas itu, Omidyar berpindah ke California untuk meneruskan pengajian ijazah di Berkeley.

Universiti Tufts


Tidak lama selepas itu, Omidyar mula bekerja bersama syarikat Claris yang membantu syarikat Apple menghasilkan program MacDraw. Pada tahun 1991,  beliau menjadi pengasas bersama di syarikat InkDevelopment yang berasaskan 'pen-based computing'. InkDevelopment kemudian bertukar menjadi syarikat e-dagang dan menukar namanya ke eShop Inc. Omidyar memegang jawatan sebagai jurutera perisian di eShop dan pada penghujung tahun 1994, Omidyar bertugas pula sebagai jurutera pembangunan
servis di syarikat General Magic, sebuah syarikat platfom komunikasi mudah alih.

Apple McDraw


2 tahun selepas itu, tahun 1996, eShop dijual kepada Microsoft, namun sebenarnya Omidyar lebih tertarik kepada cabaran-cabaran yang ada pada laman web e-dagang.

Keluarga

Semasa di San Francisco, Omidyar bertemu dengan Pamela Wesley dan mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Pamela, merupakan graduan dalam bidang Biologi yang kemudiannya bekerja sebagai penasihat pengurusan.


Pierre Omidyar dan Isteri

Di bawah ini dipaparkan profil Pierre Omidyar secara ringkas :

Nama : Pierre Omidyar

Tempat Lahir : Paris, Perancis

Tarikh Lahir : 1 jun 1967

Warganegara : Amerika Syarikat

Asal Ibu Bapa : Iran

Nama Isteri : Pamela Wesley

Sekolah : Sekolah Punahou

Universiti : Universiti Tufts


Sejarah Awal eBay.com

eBay merupakan empayar perniagaan yang hebat di dunia internet. eBay berorientasikan perniagaan e-dagang, yang menjalankan operasi penjualaan produk secara bidaan kepada pengunjung laman webnya.

logo syarikat eBay

Diasaskan oleh usahawan internet Pierre Omidyar, eBay telah mengalami evolusi perniagaan yang menarik dari sejak awal ia ditubuhkan hingga ke hari ini. Anda mungkin telah mengenali Pierre Omidyar dan syarikat-syarikat yang pernah beliau terajui melalui artikel sebelum ini, namun artikel kali ini memaparkan cerita yang lain pula.

Di sini, anda akan dipaparkan cerita bagaimana eBay mula bertapak dan berkembang. 

Pada tahun 1996, setelah syarikat milik Omidyar eShop dijual kepada Microsoft, Pierre Omidyar mendapati beliau lebih tertarik kepada peniagaan berasaskan e-dagang yang penuh dengan cabaran. Malah, beliau amat kagum dengan isu teknikal dalam menghasilkan platfom jualan bidaan secara langsung antara individu terhadap koleksi barangan mereka sendiri.

Omidyar kemudian mengambil keputusan untuk mencipta prototype pada laman web peribadi beliau sendiri.Prototype itu dinamakan Auction Web dan dicipta pada cuti Hari Buruh, tahun 1995. Barang pertama yang dijual di laman web tersebut ialah mesin penunjuk laser yang telah rosak. Walaupun pelik, barang tersebut tetap telah terjual kepada seorang pembeli.

Bermula dari situ, eBay terus berkembang dengan penjualan pelbagai jenis produk meliputi pelbagai negara sehingga ke hari ini.

Chris Agarpao - Pekerja pertama di eBay
Jeffrey Skoll - Presiden pertama eBay (1996)

November 1996 - bergabung dengan Electronic Travel Auction untuk menggunakan 'SmartMarket Technology' untuk menjual tiket penerbangan dan peralatan kembara.

1997 - setahun selepas ditubuhkan, eBay telah berjaya menjadi 'host' bagi 2 juta bidaan produk.

September 1997 - menukar nama asal iaitu AuctionWeb ke nama eBay secara rasmi. Pada awalnya Pierre Omidyar ingin memilih nama echobay.com tetapi memandangkan nama tersebut telah diambil, beliau memendekkan nama itu kepada eBay. Pada tahun sama, eBay menerima dana dari Benchmark Capital sebanyak 6.7 juta USD.

1998 - eBay mempunyai 30 pekerja, 500000 pengguna dan revenue sebanyak 4.7 juta USD di Amerika. eBay menjual saham kepada orang ramai dan Omidyar serta Skol terus menjadi jutawan segera.

2002 - eBay membeli IBazar, syarikat seperi eBay yang berpangkalan di Eropah. eBay turut membeli PayPal pada bulan Oktober, tahun yang sama.

2008 - Whiteman meletak jawatan. Beliau diganti oleh John Donahoe sebagai Presiden dan CEO.

2009 - Melengkapkan penjualan Skype kepada Microsoft namun masih memegang saham sebanyak 30%.

Skype


2010 - disaman oleh XPRT Ventures atas kesalahan mencuri maklumat peribadi pengguna. Pada tahun sama, eBay turut membeli brands4friends.de, untuk mengukuhkan penguasaan pasaran di eropah.


Tidak dapat disangkal lagi bahawa eBay telah mengubah budaya Amerika dan mengubah aktiviti membeli belah secara atas talian di dunia ini. Penjual di eBay boleh meletakkan harga minimum pada produk mereka dan para pembeli boleh terus membida harga untuk barang tersebut. Rangkaian inovatif sistem  maklumbalas di eBay.com membolehkan setiap penjual dan pembeli memberi markah antara satu sama lain bagi meningkatkan kepercayaan pembeli dan seterusnya meminimumkan kes penipuan. Sehingga ke saat ini, 97 juta pengguna aktif berdaftar dengan laman web eBay.com .

Maklumat Bidaan

3 jenis bidaan telah diperkenalkan oleh eBay iaitu :

i) 'Auction-style listings' : membolehkan penjual menjual lebih dari satu barang pada tempoh tertentu. Penjual juga boleh meletakkan harga minimum pada produk tersebut. 

ii) 'Fixed price format' : membolehkan penjual menjual lebih dari satu barang pada harga 'Buy It Now'. Pembeli perlu bersetuju untuk membeli pada harga yang dipaparkan tanpa menawarkan sebrang bidaan. 



iii) 'Fixed price format with best offer' : membolehkan penjual menerima tawaran terbaik. Pembeli boleh menawarkan harga yang sanggup dibayar, dan penjual pula berhak menerima atau menolah tawaran pembelian tersebut. 



Antara barang-barang yang dilarang dijual di eBay 

antara barang yang dilarang untuk dibida


  • tembakau
  • alkohol
  • dadah
  • unsur nazi
  • senjata api
  • pakaian kotor
  • barangan curi
  • dokumen penting seperti passport
  • peralatan polis
  • organ manusia
  • haiwan hidup tertentu
  • tiket loteri
  • barangan tentera
  • bahan radio aktif
 
Antara barangan pelik yang pernah disenaraikan di eBay:

1. Bridgeville, California adalah bandar terawal dijual di eBay (2002)

2. Seorang lelaki di Brisbane, Australia pernah cuba menjual New Zealand pada harga satu AS 0.01. Harganya naik mencecah 3000USD namun kemudian ditutup. 

3. Pelajar Coventry, Bill Bennet mendapat £1.20 untuk saekeping cornflake yang dijualnya.

4. Sekumpulan lelaki dari Australia menawarkan masa hujung minggu mereka dengan tambahan tawaran lain seperti beer, snek, dan gelak ketawa pada harga 1, 300 USD.

5. Rambut Britney Spears yang dicukur cuba dijual pada harga 1 juta namun ditarik semula. 

6. Pada bulan Mei, 2008 Paul Osborn menawarkan isterinya untuk dijual kerana curang. 

7. Jun 2008, Ian Usher menjual seluruh hidupnya meliputi rumah di Perth, segala harta benda, perkenalan dengan kawan-kawan beliau dan sesi percubaan pada kerja beliau. 'Seluruh hidup' beliau terjual pada harga $384, 000. 

8. Ogos 2009, ibu kepada 6 anak di South Arkansas menjual hak menamakan anak beliau yang belum lahir. 


Dengan menggunakan MissionFish sebagai pengantara, eBay membenarkan penjual menderma sebahagian hasil jualan ke pertubuhan amal mengikut pilihan masing-masing. Program ini dinamakan eBay Giving Works (Amerika) dan eBay for Charity (di UK). Pada 4 Mac 2010 sahaja, 154 juta USD telah dikumpul untuk didermakan.

Antara bidaan amal yang telah berjaya dianjurkan eBay ialah : 


Ronald McDonald House



Pengeluar perabot telah mengumpul $35 000 untuk Ronald McDonald House dengan menjual katil yang telah ditanda tangani oleh selebriti. 

Barang yang dibida pada harga paling tinggi dipegang rekod oleh 'Power Lunch' bersama Warren Buffet di restoran steak popular di New York iaitu Smith & Wollensky. Bidaan tersebut berharga 2.63 juta USD dan hasilnya didermakan kepada Glide Faoundation. Pemennag tidak diumumkan namun beliau boleh membawa 7 orang kawan lain bersama. 

Sebelum itu, bidaan amal tertinggi pernah direkod untuk sekeping surat yang diposkan kepada Mark P. Mays, CEO syarikat Clear Channel yang ditulis oleh Senator Harry Reid dan 40 senator demokrat lain tentang aduan mengenai sebuah rncangn televisyen.  Bidaan tertnggi dimenangi pada harga $ 2, 100 100 dan diderma kepada Marine Corps-Law Enforcement Foundation. 


Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa pengurudan eBay bukan sahaja memikirkan keuntungan semata-mata namum masih menitikbertakan soal kebajikan orangyang memerlukan. 


Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenali pengasas eBay, Pierre Omidyar dengan lebih lanjut lagi.

Fakta

Menurut majalah Forbes, sehingga bulan Mac 2011, Omidyar adalah orang ke 154 terkaya di dunia. Beliau ketiga terkaya di Iran.

Kerja Amal

Pada tahun 1998, Pierre dan isterinya, Pam mengasaskan Omidyar Foundation untuk menyokong pertubuhan amal. Pada masa sama, Omidyar meluaskan skop perniagaannya dengan membentuk Omidyar Network untuk pelaburan 'profit-company' dan juga organisasi NGO. Omidyar Network membolehkan individu berhubing dengan individu lain, dan mencari peluang memperbaiki kehidupan sekeliling.

Omidyar Network


Selain itu, Pierre dan Pam memberi 100 juta USD ke Tufts University melalui program 'Omidyar - Tufts Microfinance Fund'. Dana ini untuk menyokong industri bermodal kecil dan membantu program-program yang dianjur pihak universiti.

Mereka juga meluangkan masa, wang dan tenaga untuk menyokong HopeLab, Humanity united dan Ulupono Initiative di Amerika. Selain itu, mereka turut membantu komuniti di tempat tinggal mereka dengan menderma 50 juta USD ke Hawaii Community Foundation.

 
Kerjaya Lain

Pierre turut menubuhkan Honolulu Civil Beat, akhbar tempatan secara atas talian yang meyokong aktiviti sivik melalui media. Beliau menjadi pengasas, CEO dan pengedar bagi akhbar tersebut.

Pada tahun 2010, Pierre menyertai Bill Gates (Microsoft) dan pelabur Warren Buffet dalam senarai 40 jutawan lain untuk berjanji menderma sekurang-kurangnya separuh dari kekayaan mereka ke pertubuhan amal. Malah, Pierred an Pam nekad untuk memberi 99% dari kekayaan mereka selama 20 tahun kaan datang. 
 
 


0 comments:

Post a Comment